Nuren Group telah melancarkan Parenting SuperApp by Motherhood yang merupakan aplikasi mudah alih yang menyediakan ibu dengan penyelesaian sehenti untuk semua keperluan keibubapaan mereka melalui maklumat dan kandungan yang berkaitan dengan kehamilan, keibuan, penjagaan anak. SuperApp ini juga menawarkan pelbagai Program Komuniti, webinar dan bengkel yang merangkumi semua keperluan antenatal, keibubapaan dan kanak-kanak. Selain itu, ia melangkaui kandungan digital sahaja, menawarkan pelbagai aktiviti Superkids atas talian dan luar talian.