More News
Facebook, Instagram & Youtube Adalah Pilihan 72% Ibu Di Malaysia Untuk Ketahui Tips Kesejahteraan Keluarga
27/07/2022
Facebook, Instagram & Youtube Adalah Pilihan 72% Ibu Di Malaysia Untuk Ketahui Tips Kesejahteraan Keluarga

Satu tinjauan telah dilaksanakan oleh Nuren Group bagi mengetahui corak penggunaan atas-talian para ibu milenium selepas pandemik berlaku dan hasilnya mendapati bahawa 82% ibu telah beralih ke media sosial semasa masa lapang mereka dan 38% daripadanya menggunakan telefon pintar lebih daripada 6 jam sehari. Melihat lanjut ke atas tabiat para ibu ini, dalam beberapa jam penggunaan telefon pintar, laporan itu mendapati bahawa 72% ibu menggunakannya untuk mencari petua mengenai ‘parenting‘ dan kehamilan, 70% ibu mengakses apa-apa maklumat mengenai anak-anak, 45% ibu yang lain melihat kandungan yang melibatkan nyahkotak produk. Dan antara platform yang kerap dikunjungi para ibu adalah Facebook, Instagram dan Youtube.