More News
Nuren Group Ubah Cara Ibu Bapa Akses Maklumat Di Era Digital
27/07/2025
Nuren Group Ubah Cara Ibu Bapa Akses Maklumat Di Era Digital

Jul 23, 2025 - Dalam dunia digital yang dipenuhi iklan dan kandungan generik, Nuren Group tampil berbeza dengan membina komuniti, memberi sokongan serta menyampaikan informasi sahih untuk ibu moden. Di sebalik jenama ini, berdirinya pengasas Nuren Group, Petrina Goh yang tidak gentar melakukan perubahan luar biasa dalam industri, sekaligus meletakkan Nuren sebagai nama besar dalam teknologi keibubapaan di Malaysia. Misi Nuren Group bukan sekadar menyediakan maklumat keibubapaan, tetapi membina ekosistem digital menyeluruh yang memanfaatkan data dan kecerdasan buatan (AI). Nilai teras syarikat berpaksikan pengguna selain memberikan pengalaman terbaik untuk komuniti wanita dan kanak-kanak. Di tengah persaingan dalam ruang digital ibu dan anak, Nuren menonjol dengan pendekatan menyeluruh termasuk kandungan diperibadikan hingga e-dagang dan interaksi komuniti. Platform mereka direka mesra pengguna, disokong oleh reka bentuk intuitif serta kerjasama strategik dengan pakar dan jenama dan pakar utama untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti serta dipercayai.

Find out more:
The Rakyat Post